Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lagi Kes Penghantar Makanan Kena ‘Prank’ Buat Netizen Geram! Siap Suruh Orang Lain Bayarkan

Lagi Kes Penghantar Makanan Kena ‘Prank’ Buat Netizen Geram! Siap Suruh Orang Lain Bayarkan

Kategori:
rider kena prank

Kisah penghantar makanan yang ditipu atau kena prank oleh pelanggan bukan kali pertama berlaku. Kali ini berlaku lagi kepada seorang rider yang dikenali sebagai Nabil Naim. Dia berkongsikan kejadian yang berlaku pada dirinya itu menerusi grup FoodPanda Rider Malaysia.

Menurut Nabil, ini pertama kali dia menerima prank. Menerusi perkongsian tangkapan skrin perbualan dengan pelanggan itu, pelanggan tersebut meminta Nabil menghantar pesanan kepada ‘Ah Kong’ setelah tiba di lokasi yang diberikan.

Siap minta orang lain bayarkan

Dia menyatakan Ah Kong mempunyai banyak duit dan menyuruh Ah Kong untuk membayarnya. Namun, Ah Kong menyatakan dia tidak mengenali orang yang membuat pesanan itu.

Difahamkan, mungkin pelanggan itu mempunyai masalah dengan Ah Kong, namun melepaskannya kepada rider dengan membuat prank. 

“Suruh Ah Kong bayar..”

“Almost 15 km…”

Rata-rata netizen turut geram dengan prank ini dan meminta untuk mendedahkan nombor telefon supaya tidak terkena kepada orang lain.

Sumber: Nabil Naim

 

tags: | |