Mesti ramai dikalangan anda yang jenis semua makanan akan disumbat atau disimpan dalam peti ais. Balik daripada kedai, barang-barang tu semua masuk dalam peti, tak habis masukkan juga dalam peti. Tapi tahukah anda bahawa bukan semua makanan boleh disimpan dalam peti ais.
Ada makanan yang boleh disimpan dan ada juga yang tidak boleh. Ada beberapa faktor kenapa ia tidak boleh disimpan dalam peti ais. Makanan apakah itu? Jom teruskan membaca.
Madu adalah antara makanan yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.
Jika anda mungkin akan menghabiskan roti anda dalam tempoh masa beberapa hari, sebaiknya jangan disimpan di dalam freezer. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya jika anda akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan.
Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini.
Buah tembikai yang sejuk memang enak dimakan. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk.
Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam fridge.
Sebaiknya, simpanlah kacang anda di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika anda ada menyimpan kacang di dalam fridge anda, anda boleh toast kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya.
Sapuan pada roti atau pun sebarang jem roti sama ada coklat atau peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkannya di dalam frigde akan membuatkan kedua sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.
Namun jika anda masih ingin menyimpan sesuatu makanan, pastikan ia dmasukkan ke dalam bekas bertutup atau sekurang-kurangnya ia dibungkus dengan baik agar tidak menjejaskan makanan lain. Tapi jangan pula dibiarkan berbulan-bulan dalam freezer.
Pasti ada yang menyangka, cara terbaik untuk menyimpan lebihan pastri adalah di dalam peti ais. Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan menyimpan ia di dalam beg kertas dan disimpan di tempat bersuhu bilik biasa. Jika disimpan di dalam freezer ia akan menjejaskan tekstur dan menjadikan ia lembap. Sudah tentu tidak sedap dimakan lagi.