Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Masak Nasi Jadi Lembik? Ini Teknik Mudah Keraskan & Gebukan Kembali Nasi Tu Tanpa Perlu Masak Yang Lain!

Masak Nasi Jadi Lembik? Ini Teknik Mudah Keraskan & Gebukan Kembali Nasi Tu Tanpa Perlu Masak Yang Lain!

Kategori: ,
masak nasi

Masak nasi merupakan antara satu perkara yang sangat penting dalam bahagian masakan. Kalau nasi terlalu lembik atau keras terus selera makan terganggu kan? Tambahan pula jika menggunakan beras tempatan dia punya sukatan bagi jenis-jenis beras itu berbeza.

Kebiasaaanya sering terlebih air kan? Maka nasi tersebut pasti menjadi lembik. Bila nasi lembik nak buat apa pun tak boleh. Nak buat nasi goreng pun tak boleh. Jadi sekiranya anda berdepan dengan masalah tersebut mungkinn anda boleh cuba teknik dibawah ini.

Masak Nasi Jadi Lembik? Ini Teknik Mudah Gebukan Kembali Nasi Tu Tanpa Perlu Masak Yang Lain!

  1. Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh bersih kulitnya. Kemudian tutup periuk dan biarkan seketika. Anggaran lebih kurang 10-15 minit. 
  2. Kemudian buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Cara Masak Nasi Ayam Hainan & Ayam Roasted Ala The Chicken Rice Shop

 

tags: |