Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pemuda 26 Tahun Kongsi Rahsia Kejayaan Jual Choco Jar Sehingga Mampu Miliki Rumah & Kereta Mewah

Pemuda 26 Tahun Kongsi Rahsia Kejayaan Jual Choco Jar Sehingga Mampu Miliki Rumah & Kereta Mewah

Kategori:
Kejayaan Jual Choco Jar

Setiap insan pasti memiliki impian mengimpikan mahu mempunyai simpanan wang yang berjuta, bebas hutang dan memiliki rumah sendiri. Namun, tidak kurang juga yang mendambakan untuk memiliki kereta mewah.

Perkara itu bukan sesuatu yang mudah, namun ianya tidak mustahil jika anda bekerja keras. Seperti kisah seorang pemuda ini yang berjaya memilik rumah dan kereta mewah pada usia 26 tahun.

Muhammad Afifi Ab Aziz berkata, cita-cita yang dipasaknya sudah terlaksana lebih awal dari durasi masa yang disasarkan. Itu semua kerana penglibatannya dalam dunia perniagaan bersama dengan NIMS ADELICIOUSZ.

Bermula Sejak Umur 20 Tahun

Ceritanya lagi, sejak berusia 20 tahun dirinya sudah berjinak-jinak dengan produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin tersebut selepas diperkenalkan oleh Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman.

“Meskipun masih di menara gading dalam pengkhususan Ijazah Sains Komputer dan Keselamatan ketika itu, namun minat saya dalam dunia perniagaan memang sangat mendalam.

“Justeru, saya latih diri saya untuk berdisiplin dengan membahagikan masa dengan bijak antara belajar dan berniaga. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik pada masa itu,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.

Ternyata, percaturannya bersama NIMS ADELICIOUSZ memang mendatangkan rezeki yang melimpah-ruah.

Berjaya Miliki Rumah Pada Usia 23 Tahun

Masakan tidak, ketika usia jejaka berkenaan mencecah 23 tahun, anak keenam daripada lapan beradik itu sudah mampu memiliki rumah dua tingkat di Kuantan, Pahang dan menjalankan perniagaan sewa bilik di Kelantan.

Lagi membanggakan, atas berkat usaha dan kerajinannya berjualan, Muhammad Afifi sudah bergelar Master Leader.

Bukan itu sahaja, hasratnya untuk memandu kereta idaman berupa Ford Mustang yang menjadi kegilaan ramai anak muda juga tercapai.

Berjaya ‘Buka Mata’ Usahawan Lain

Kata Muhammad Afifi, kejayaan yang dirangkulnya bukan tertakluk kepada dirinya seorang, malah beberapa usahawan lain yang berkerja keras bersama NIMS ADELICIOUSZ juga meraih pulangan yang berbaloi.

“Contoh (kejayaan) sudah terbukti, alhamdulillah. Kami berpendapat, sudah ramai pihak di luar sana yang buka mata dan percaya dengan NIMS ADELICIOUSZ yang mampu mengubah nasib hidup sesiapa.

“Jika sebelum ini, ada yang was-was, bahkan turut memperlekehkan usaha saya berniaga, namun kini ramai yang teruja untuk menyertai jenama lokal ini.

Berjaya Luaskan Pasaran Hingga Ke Singapura & Thailand

“Impak paling besar adalah selepas saya mampu memiliki kereta idaman dan ramai kawan-kawan mula tunjuk minat,” ujarnya yang kini sudah meluaskan pasaran ke negara jiran seperti di Singapura dan Thailand.

Pemuda itu juga kini sudah mempunyai 230 ejen yang aktif di seluruh negara.

Menyambung cerita, Muhammad Afifi berkata, musim Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak Mac tahun lalu menjadi kemuncak kejayaannya apabila jualan yang direkodkan cukup memberangsangkan.

“Selain harga produk jenama ini yang cukup berpatutan, saya percaya rasa coklat premium yang cukup lazat antara faktor yang mendorong pelanggan terus mendapatkan produk NIMS ADELICIOUSZ tanpa henti.

“Enam tahun saya bersama NIMS ADELICIOUSZ, alhamdulillah, apa yang saya impikan mampu dicapai. Kepuasan dalam perniagaan membuatkan hidup saya sempurna,” kongsinya yang juga mempunyai kerjaya tetap yang lain.

Sumber: Sinar Plus

tags: |