Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Petua ‘Rebus’ Kuali Berkesan Tanggalkan Kerak Hitam, Berkilat Macam Baru!

Petua ‘Rebus’ Kuali Berkesan Tanggalkan Kerak Hitam, Berkilat Macam Baru!

Kategori: ,
petua-kuali-berkilat-5

Bahagian belakang kuali yang hitam menunjukkan betapa kerapnya pemilik memasak. Namun begitu, keadaan itu sedikit sebanyak menujukkan tahap kebersihan kita.

Jadi jika anda ‘sakit mata’ melihat kerak-kerak hitam tu walaupun sudah disental kuat, bolehlah cuba ikut petua yang dikongsikan oleh KiLa Aurora di bawah. Trik ini katanya telah dipelajari di Youtube dan terbukti berkesan. Kesannya, kuali berkilat macam baru beli.

Petua ‘Rebus’ Kuali Berkesan Tanggalkan Kerak Hitam, Berkilat Macam Baru!

Bahan-bahan yang digunakan:

  • 2 biji buah lemon
  • Baking soda
  • Sabun buku
  • Berus dawai

Langkah-langkahnya:

  1. Panaskan air dalam periuk besar.
  2. Kemudian rendamkan kuali yang berkerak. Biar sampai mendidih.
  3. Apabila dah mendidih, tutup api dan biarkan kuali berendam selama 2 jam. Lagi lama lagi baik, bergantung pada ketebalan kerak pada kuali.
  4. Angkat kuali, kemudian kikis kerak tebal menggunakan pisau. Akan jadi mudah tertanggal.
  5. Agak-agak dah boleh gosok, gosok menggunakan berus dawai dan sabun mandi fruitale (atau jenama lain). Katanya elok guna sabun kuning kedai eko.

P/S: Gosok tanpa air

Kesannya, kuali berkilat macam baru.

Tips ini mudah sahaja, kan? Bagi anda yang ada kuali yang mempunyai kesan kehitaman, boleh cuba cara ini untuk berinya kelihatan berkilau seperti kuali baharu.

Selamat mencuba tips ini.

Kredit: KiLa Aurora

Baca juga: Awas! Tong Gas Boleh ‘Meletup’ Jika Simpan Bawah Dapur Memasak Atau Kabinet Bertutup Kedap

tags: