Pada Disember tahun lalu, jualan produk minuman Nestlé Milo di Jepun terpaksa ditangguhkan sehingga Mac 2021 selepas mendapat permintaan yang terlalu tinggi.
Penangguhan itu dipercayai berpunca selepas tularnya satu tweet oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman beliau setelah meminum milo.
Terbaharu, tular pula satu tweet oleh seorang pengguna Twitter yang memberitahu bahawa pihak Nestlé Jepun kini sudah menjual kembali Nestlé Milo selepas hampir tiga bulan ditangguhkan.
小田急線町田駅ホームにミロバーが出来ていた!!ww(早速味わったw) pic.twitter.com/dPbXF0ErmM
— 都南レオパルト (@TonanLeopard) March 6, 2021
Apa yang menarik perhatian, kali ini Nestlé Jepun membuka kiosk kecil yang hanya menjual air milo. Menerusi tweet tersebut, kiosk Milo itu terletak di kawasan stesen kereta api Machida di Tokyo dan semestinya menu utama adalah ‘Milo Ais’.
Lagi mengujakan apabila gerai itu bukan sahaja menawarkan minuman Milo yang biasa, namun juga hadir dengan dua variasi perisa yang baharu iaitu Milo dengan campuran buah-buah seperti pisang dan kiwi, lapor halaman The Rakyat Post.
Selepas tularnya tweet itu, ada segelintir rakyat Malaysia yang membalas komen berserta gurauan yang menyatakan rakyat Jepun perlu mencuba lori Milo yang terkenal di Malaysia yang lagi padu!
You gotta taste the Milo truck. It's just out of this world. https://t.co/UNggSl2Szf
— Bulan Suram 🎑 (@SleepOnToonz) March 8, 2021
wait till you taste this.. 🤯 https://t.co/IUcDPlIItk pic.twitter.com/cL138n1Urk
— nini ς(·ᴗ·.) 🍚 (@woozislippers) March 7, 2021
Milo dinosaur next. It’s just a matter of time. 😁 https://t.co/2VUQKdsX2y
— Nuriwa (@nuriwa_J) March 7, 2021
Sumber: @TonanLeopard