Sewaktu hamil antara perkara yang perlu dijaga adalah pemakanan. Kerana ia merupakan antara aspek yang sangat penting untuk ibu yang hamil. Jangan sesuka hati makan makanan tanpa memikirkan risikonya. Mulut rasa nak makan itu, pergi makan. Mulut rasa nak makan ini, pergi makan. Jangan. Stop makan sesuka hati sebab bukan semua jenis makanan yang selamat untuk dimakan oleh ibu berbadan dua ini.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman mengenai situasi seorang ibu mengandung yang mengalami muntah berkali-kali selepas makan hidangan telur separuh masak. Tidak dinafikan ianya memang sedap, lebih-lebih lagi dimakan bersama roti bakar. Namun sebenarnya, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna ini dikhuatiri mengandungi pencemaran kuman Salmonella.
Bukan itu sahaja, malah keadaan akan menjadi lebih buruk kerana jangkitan kuman tersebut boleh menyebabkan masalah keguguran janin. Keadaan itu mudah berlaku memandangkan sistem imun badan perempuan yang mengandung ini tidak begitu kuat. Perkara penting sebegini bukan sahaja isteri yang perlu lebih peka, malah para suami jugak perlu peka dan mengambil tahu tentang perkara-perkara seperti ini.
Selain telur masak separuh dan mayonis buatan sendiri, Sushi juga antara salah satu makanan yang wajar dielakkan untuk sementara waktu. Hal ini kerana, cara penyediaanya yang kurang segar ditakuti menjejaskan kesihatan ibu mengandung.
Sumber: Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari & Jazeera Zulaili