Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasib Baik Tak Berkari Kepala,” Kari Terbang Dari Flat Bikin Kecoh Di Laman Sosial

“Nasib Baik Tak Berkari Kepala,” Kari Terbang Dari Flat Bikin Kecoh Di Laman Sosial

Kategori:
Kari Terbang Dari Flat

“Nasih baik tak ‘berkari’ kepala aku,” kata seorang mangsa sampah terbang di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi pada Ahad lepas.

Azman Bidin yang merupakan menghuni flat itu berkata, dia dan isteri baru sahaja selesai menghantar makanan pada jam 2 petang sebelum mendengar bunyi dentuman objek daripada cermin belakang kereta.

Menurutnya lagi, isterinya baru sahaja memasuki kereta dan terdengar satu bunyi yang kuat macam ada objek jatuh. Rupa-rupanya, satu plastik kari telah dicampak oleh tetangga di flat PPR tersebut.

“Mujur kami tidak menaiki motosikal ketika itu, kalau kami naik motosikal, habis kepala kami,” katanya lagi.

 

Rata-rata netizen turut memberi komen mengecam perbuatan yang tidak bermoral itu di Facebook milik mangsa. Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan nasib baik kuah kari bukan basikal yang dicampaknya.

Azman juga berpendapat masyarakat sebegini perlu diberikan tindakan dengan memberikan hukuman yang tinggi kepada pelaku.

Sumber: Sinar Harian

tags: | |