Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Letak Racun Haiwan Dalam Makanan Ibu Mentua Selepas Tak Tahan Asyik Kena Marah

Letak Racun Haiwan Dalam Makanan Ibu Mentua Selepas Tak Tahan Asyik Kena Marah

Kategori:
menantu racun mentua

Rasa marah dalam diri  kadang-kadang membuatkan kita melakukan perkara yang diluar pemikiran kita. Perasaan marah ini juga membuatkan kita hilang pertimbangan diri. Lebih-lebih lagi kalau setiap hari perlu mendengar hinaan atau bebelan yang sama sehingga perasaan marah dalam diri seseorang membuak-buak.

Seperti mana berita yang dikeluarkan oleh portal Tribunnews mengenai seorang wanita dari Indonesia yang bernama Dewi Asmara nekad menganiaya ibu mentuanya. Wanita yang berumur 45 tahun itu telah bertindak meletakkan racun haiwan perosak ke dalam lauk ikan pindang salai yang dihidang untuk mentuanya.

Kucing juga turut terkena sekali…

Selain warga emas itu, 3 ekor kucing miliknya turut ditemukan dengan mulut berbuih selepas makan sisa lauk beracun berkenaan. Difahamkan, kejadian tersebut berpunca apabila Dewi sudah tidak tahan keranan sering dimarahi oleh ibu mentuanya itu.

@daya_apa#fty #ftyp♬ original sound – pesek platAE🇲🇨🇹🇼

Rata-rata warganet yang menonton berita berkenaan di laman aplikasi TikTok terkejut dengan kejadian yang menimpa warga emas tersebut. Selain diharapkan kisah tersebut dijadikan pengajaran, mereka juga berdoa semoga dikurniakan mentua yang boleh menerima serta memahami menantu.

 

tags: |