Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Cili Kisar Supaya Sambal Jadi Sedap, Boleh Diguna Untuk Pelbagai Masakan Juga

Cara Buat Cili Kisar Supaya Sambal Jadi Sedap, Boleh Diguna Untuk Pelbagai Masakan Juga

Kategori:
cili-kisar-untuk-sambal-sedap-15

Untuk hidangan masakan sambal yang sedap, apa yang penting ada cili kisar yang digunakan. Untuk tahu cara membuat cili kisar yang mudah dan sedap, boleh ikuti perkongsian oleh Nurul Ateekah yang berkongsi cara buat cili kisar warisan ibu mentua yang merupakan peniaga nasi berlauk dan pelbagai jenis mee di kedai makan.

Yang paling best, kalau nak masak hanya tinggal cedok sahaja. Tak perlu potong bawang dah. Cili kisar ini juga boleh tahan selama 1 bulan disimpan dalam peti ais.

Cara Buat Cili Kisar Supaya Sambal Jadi Sedap, Boleh Diguna Untuk Pelbagai Masakan Juga

Cili kisar ni, mak mertua saya ajar. Mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk daan jenis2 mee yang jual di kedai makan Singapore. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak. Senang, ringkas dan mudah bila2 masa nak guna.

Bila dah ada cili kisar macam nih, nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis2 goreng mee semua jadi mudah. Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan daan tidak berbau. Ianya juga kurang pedas. Dekat sini saya sharekan caranya. Contoh saya masak sotong sambal daan resepinya sekali. Dalam resepi nih, ade rahsia sambal sotong yang sedap.

Bahan-bahan:

  • 150gram cili kering kerinting
  • 2 labu bawang putih
  • 5 biji bawng besar
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm kunyit
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

  1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
  2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi. (sebab dekat cili kadang-kadang ada warna hitam, serbuk putih dan kadangkala ulat pun ada)
  3. Kupas bawang putih, bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
  4. Masukkan kesemua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat. (Minyak membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila dikisar cili tidak berbiji serta cili betul-betul hancur)
  5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.

Cara masak sambal sotong agar tak kecut

  1. Didihkan air, masukkan sotong dan masak selama 4 hingga 5 minit. Angkat dan toskan sotong.
  2. Ambil 1 senduk cili kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak.
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sehelai daun limau purut dan 1 sudu perahan air asam jawa.
  4. Masukkan gula, garam, serbuk belacan dan knorr. Gaul sebati.
  5. Masukkan sotong dan 1 sudu besar santan supaya sambal lebih berlemak dan sedap.
  6. Siap! Selamat mencuba.

Cili kisar merupakan bahan wajib di dalam dapur. Pastikan anda cuba cara ini kerana ianya boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan untuk menyedapkan.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Tips Supaya Bawang Goreng Rangup Dan Tak Lemau, Baunya Juga Wangi &Tahan Lama!

tags: |