Kalau nak cepat, telur sentiasa menjadi pilihan dalam masakan. Jika tak ada telur, rasanya tak lengkap bahan di dapur. Tapi, telur ini kebiasaannya hanya bertahan dalam seminggu kemudian kuningnya akan pecah bila masak.
Rupa-rupanya, ada cara mudah supaya telur dapat tahan lebih lama dari tarikh tamat tempoh. Jom ikuti perkongsian oleh Yatie Eimra di bawah. Beliau turut berkongsikan cara mengenal pasti telur yang dibeli itu masih elok atau tidak.
Pernah tak telur yang korang beli tu busuk/rosak sebelum tarikh luput? Saya selalu beli telur tanpa suntikan antibiotik (free antibiotics) atau telur ayam kampung. Yang saya perasan telur ni lagi cepat rosak berbanding telur ayam biasa sedangkan tarikh luput masih lama lagi.
Sebelum ni memang basuh telur bila nak guna je. Tapi sebab selalu sangat masalah telur rosak walaupun baru seminggu, sekarang ni memang wajib buat ujian rendam telur ayam dulu sebelum simpan. Hampir tiap kali juga ada sebiji-2 telur yang dah separa terapung. Bila dah tahu mana telur yang lama, bolehlah guna/masak dulu. Cara ni gak sesuai untuk yang suka beli telur dalam kuantiti banyak tapi lambat habiskan tu.
Sebelum ni saya cuba simpan seminggu lagi telur ayam yang tenggelam dengan posisi tegak, tapi bila direndam telur ni tenggelam condong pulak. Makin lama barulah akan jadi separa terapung. Agak susah nak bezakan samada telur yang tenggelam condong ni lebih dari 1 minggu atau lebih dari 3 minggu. (saya habiskan yang terapung & condong ni dulu)
Telur terapung sebab banyak kandungan udara tapi tak semestinya dah rosak. Pada peringkat ni, isi telur semakin cair tapi ada yang masih boleh dimakan. Kalau goncang & cair tu, terus je pecahkan dalam bekas. Kalau nasib baik, boleh dimakan lagi. Yang dah busuk tu, ke sinki aje lah jawabnye.
Telur ni sebaik²nya yang nak disimpan tak perlu dibasuh sebab kat kulit telur ada 1 lapisan pelindung (kutikel). Kutikel ni fungsi dia melindungi pori² halus pada kulit telur dari masuk udara & bakteria.
Tapi bila telur ayam dah dibasuh, kutikel akan hilang & pori² halus akan terdedah sebabkan telur tak boleh tahan lama. Telur perlu disimpan dalam fridge dalam bekas khas untuk telur atau bekas bertutup supaya tak serap lebih banyak udara/bau²an lain.
1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh ikut tahap kesegaran. Tos kering. Gunakan tisu dapur/kain supaya cepat serap air.
2. Bila dah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan beras sikit. Beras ni berfungsi serap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas. Boleh gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Tapi dalam beberapa bulan, perlu tukar beras baru bila beras dah mula berkulat.
3. Untuk lapisan ke-2, susun telur yang lebih lama (supaya guna telur lama dulu). Gunakan tisu dapur atau kain sebagai alas untuk elakkan telur ayam retak/pecah.
4. Tulis tarikh expired/best before (BB) pada bekas supaya tak lupa.
Pesanan: Saya bukan nak galakkan simpan telur lama², tapi sekarang ni nak elakkan telur rosak sebelum tarikh luput & nak elak pembaziran. Harap maklum ye.
Kredit: Yatie Eimra