Baru-baru ini tular di sebuah group Facebook berkenaan dengan seorang individu memuat naik gambar seorang penghantar makanan dengan caption “Buat part time kah?”. Disebabkan tindakan individu berkenaan yang meletakkan caption sedemikian rupa ramai yang mengecam tindakan individu tersebut. Seolah-olah frontliners tidak boleh melakukan kerja part time.
Namun begitu, penghantar makanan yang disangka polis trafik itu bukanlah seorang polis trafik. Mungkin kerana rider tersebut memakai seluar yang hampir sama dengan polis trafik jadi disangka seorang polis. Susulan itu, Ketua Polis Daerah Klaung iaitu Asisten Komisoner Low Hang Seng mengeluarkan kenyataan bahawa gambar yang tular itu bukan anggota trafik yang membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Individu yang ditularkan sememangnya pekerja penghantar makanan dan dia sudah hadir ke IPD Kluang serta mengesahkan bahawa itu gambar dirinya yang ditularkan di Facebook
Di samping itu beliau juga menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menularkan perkara yang tidak disahkan kebenarannya.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara berkenaan daripada ditularkan.
Tambah beliau lagi, individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia(AKM) 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarra tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.