Sebut sahaja Uncle Roger, sudah pasti ramai yang mengenalinya kerana teletah lucunya yang menghiburkan. Uncle Roger berjaya menarik perhatian ramai dengan videonya yang kelakar.
Umum sudah tahu, Uncle Roger sudah kembali ke Malaysia dan telah berkunjung ke restoran milik Chef Wan, chef terkenal di Malaysia.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Uncle Roger di Facebook miliknya, terserlah kekecohan suasana di dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung. Mana tidaknya, Chef Wan dilihat telah ‘membuli’ Uncle Roger dan turut mengajar cara memasak dengan betul tanpa menggunakan MSG.
Baru-baru ini, Chef Wan mendedahkan dia mengharamkan penggunaan MSG di semua restoran miliknya dan hanya menggunakan perasa semula jadi. Berlawanan dengan Uncle Roger gemar mengguna MSG dalam masakannya.
Rata-rata netizen turut merasa terhibur dan menyatakan episod kali ini adalah episod paling terbaik yang pernah dimuatnaik olehnya.