Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lodeh Lontong Power Dahlia’s Kitchen

Lodeh Lontong Power Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,,
Lodeh Lontong Power Dahlia's Kitchen

Mungkin ada yang tidak tahu apa itu lodeh, lodeh adalah kuah lontong. Selain dimasukkan dengan sayur-sayuran seperti sengkuang dan kubis, tauhu, tempe, lobak merah, kentang, suhun, fucuk dan cili merah, cili padi juga dimasukkan ke dalam kuah lodeh ini mengikut cita rasa penggemar makanan ini. Pada masa sekarang nasi himpit dan kuah lodeh ini yang disebut lontong, tidak dimakan begitu sahaja tetapi disediakan makanan tambahan seperti sambal tumis ikan bilis dan sambal kacang yang dimakan bersama lontong untuk menambah perisa dan menyedapkan lagi juadah ini. Bagi masyarakat Malaysia, juadah lontong bukan lagi makanan istimewa pada hari perayaan tetapi menjadi juadah sarapan dan makanan seharian. Di Bawah saya sediakan resepi kuah lodeh dibuat daripada Dahlia’s Kitchen.

Lodeh Dahlia’s Kitchen

Bahan bahan kisar ( Blend )

  • 4 Biji Bawang Besar
  • 6 Biji Bawang Kecil
  • Segenggam Ulas Bawang Putih
  • Kunyit Hidup Sebesar Ibu Jari
  • 6 Biji Buah Keras
  • 5 Batang Lada Kering
  • 2 Ibu Jari Belacan
  • 3 Sudu Makan Ketumbar
  • 1 Sudu Makan JIntan Halus
  • 1 Sudu Makan JIntan Kasar
  • 1 Genggam Udang Kering
  • 1 Setengah Genggam Ikan Bilis

Bahan bahan tumis

  • 2 Batang Serai ( Dititik )
  • Lengkuas Sebesar Ibu Jari ( Dititik )
  • 3 Helai Daun Salam

Bahan bahan lain

  • Tahu ( Digoreng )
  • Tempe ( Digoreng setengah masak )
  • Sengkuang ( 1 Biji Sedang, potong rujuk pada video )
  • 1 Ikat Kacang Panjang
  • 1 Batang Lobak Merah
  • Setengah Kobis
  • 1 Ikat Soon
  • 1 Kotak Santan ( Besar ) ( dicampur air citarasa masing2 )
  • Garam Secukup Rasa

Cara Cara memasak 

  • Tumis bahan blend, masukan kunyit, serai, lengkuas hingga pecah minyak
  • Kemudian masukan santan, garam, soon, tauhu, tempe, sengkuang, kobis dan kacang panjang
  • Kacau- kacau hingga mendidih dan siap untuk dihidang

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Terimakasih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba.
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua.

 

tags: | |