Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jemput-Jemput Bawang Dahlia’s Kitchen

Jemput-Jemput Bawang Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,
Jemput Jemput Bawang Dahlia's Kitchen

Jemput jemput bawang atau juga dikenali sebagai cucur, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput-jemput bawang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut adalah bawang yang dimayang. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu. Berikut adalah resepi jemput jemput bawang daripada Dahlia’s Kitchen.

Jemput Jemput Bawang

Jemput Jemput Bawang

Bahan bahan

  • 1/2 KG Tepung Gandum
  • 100g Udang Kering
  • 100g Ikan Bilis
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2-3 Biji Telur
  • Sedikit Daun Sup/Bawang
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Garam Secukup Rasa
  • Air ( jgn terlalu pekat atau cair)

Bahan sos

  • Petis
  • Chili Sos
  • Jus Limau Kasturi/Lemon atau Nipis
  • Air…

Cara-cara membuat 

  • Blend udang dan bilis kemudian masukan ke dalam tepung
  • Masukan juga telur, rempah kunyit, bawang besar
  • Untuk sos, campur sos cili, petis dan limau
  • Masukan air yang dah larut garam ke dalam tepung tadi uli hingga sekata dan boleh di goreng

 

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | |