Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » A&W Ada Menu Baharu! Hula-Hula Burger Dengan Aneka Rempah Campuran Yang Enak!

A&W Ada Menu Baharu! Hula-Hula Burger Dengan Aneka Rempah Campuran Yang Enak!

Kategori:
Hula-Hula Burger

Seperti yang anda tahu, A&W merupakan rangkaian restoran makanan segera yang popular di Malaysia. Mereka terkenal dengan menu root beer dan juga floats! 

Pada awal Mac lalu, A&W muncul dengan menu baharu yang dinamakan Hula-Hula Burger. Anda boleh nikmati rasa ala percutian tropika dengan Burger Hula-Hula ini.

Menu baru ini menampilkan 2 pilihan kepingan daging iaitu ayam rangup dan daging panggang yang diapit bersama ban lembut dan sos istimewa diperbuat daripada campuran aneka rempah iaitu Mixed Spice Island Sause.

Burger baharu ini juga didatangkan bersama set kombo yang mempunyai burger, A&W signature curly fries dan root beer. 

Inginkan lebih lagi? Anda boleh cuba Mighty Combo yang turut disertakan dengan Aroma ChickenDijamin akan rasa puas hati bila makan!

Senarai Harga Hula-Hula Burger

Berikut adalah senarai harga yang boleh anda dapatkan:

  • Hula-hula Burger (Ayam/Daging) – RM10.90
  • Hula-hula Mighty Combo (Burger Ayam + Curly Fries (R) + RB (R) + Golden Aroma Chicken/Spicy Aroma Chicken) – RM18.90
  • Hula-hula Mighty Combo (Burger Daging + Curly Fries (R) + RB (R) + Golden Aroma Chicken/Spicy Aroma Chicken) – RM18.90

Jadi untuk anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan menu baharu ini kerana ianya cuma ada untuk masa yang terhad. Nanti jangan menyesal pula kalau terlepas!

tags: |