Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Goreng Pengantin Dahlia’s Kitchen

Sambal Goreng Pengantin Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,,

Sambal goreng pengantin merupakan salah satu makanan kegemaran warga Singapura. Biasanya mereka mengenakan sambal ini dengan lontong. Adakalanya sambal goreng pengantin dihidangkan untuk sajian utama semasa hari raya. Korang semua tak nak cuba buat ke? Mungkin dengan masakan ini boleh memberi kelainan semasa menyambut hari raya. Sudah semestinya resepi saya sediakan untuk anda semua.

Resipi Sambal Goreng Pengantin Dahlia’s Kitchen

Recipe Untuk 1kg paru, 500g daging, 500g hati, 500g limpa, 500g udang.

BAHAN-BAHAN HIRISAN:

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Lada Merah
  • 5 Biji Lada Hijau

BAHAN BAHAN KISAR (Blend):

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 2 Genggam Bawang Kecil
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • 1 Genggam Cili Kering
  • Halia Sebesar Ibu Jari
  • 5 Batang Serai
  • Lengkuas Sebesar Ibu Jari

BAHAN BAHAN LAIN:

  • 1kg paru, ( direbus, dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • 500g daging, ( direbus, dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • 500g hati, ( direbus, dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • 500g limpa, ( direbus, dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • 500g udang
  • 1 1/2 Ibu Jari Belacan
  • 2 Genggam Asam Jawa ( diramas dengan 3 mangkuk air)
  • 5 Helai Daun Limau
  • 1 Helai Daun Kunyit
  • 1 Kotak Sedang Santan (medium)
  • 1 1/2 tengah Genggam Brown Sugar
  • Garam dan Gula Secukup Rasa

CARA-CARA:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan kesemua bahan kisar, cili merah serta cili hijau. Masak hingga matang.
  2. Masukkan udang. Kacau, masak sebentar. Kemudian, masukkan air asam, belacan, gula, garam, gula perang, daun kunyit dan daun limau. Kacau.
  3. Masukkan paru, daging, hati, dan limpa.
  4. Kemudian, masukkan santan. Masak sebentar, tunggu hingga kering.
  5. Sedia untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

tags: | |