Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Goreng Godok Dahlia’s Kitchen

Sambal Goreng Godok Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,,,

Pernah dengar tak sambal goreng godok? Mungkin orang belah-belah Johor atau Singapura dah biasa dengannya. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan sambal goreng biasa cuma ditambahkan udang dan daging. Resepi-resepi seperti dibawah:

Resipi Sambal Goreng Godok Dahlia’s Kitchen

BAHAN-BAHAN HIRISAN

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Batang Serai
  • 2 Biji Lada Merah
  • 2 Biji Lada Hijau

BAHAN-BAHAN KISAR (Blend)

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 1 Genggam Bawang Putih
  • 1 Genggam Chili Kering
  • 2 Batang Serai
  • Halia Setengah Ibu Jari

BAHAN-BAHAN LAIN

  • Daging ( direbus, dipotong dadu kecil )
  • 5 Keping Tauhu Size Besar ( dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • 6 KepingTempe ( dipotong dadu kecil dan digoreng )
  • Udang ( dikopek kulit )
  • Kacang Panjang Di Hiris Mereng
  • 1 Genggam Besar Asam Jawa ( diramas bersama 1 Ibu Jari Belacan dan 1 stengah mangkuk air )
  • 1 1/2 Genggam Brown Sugar atau 2 Buku Gula Melaka
  • Garam dan Gula Secukup Rasa
  • 3/4 Kotak Sedang Santan (medium) ( dicampur 1 mangkuk air )

Cara-cara Memasak:

  1. Tumiskan bahan hirisan. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumiskan hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan udang dan daging. Kemudian masukkan air asam jawa, belacan, gula melaka, gula pasir, garam dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan tauhu dan kacang panjang. Masukkan air secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan perasakan hingga cukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Belum cuba belum tahu.

Cara Cara memasak sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

 

tags: |