Nak menghasilkan Nasi Ayam yang luar biasa ‘terasa’ kesedapannya ada cara dan tekniknya. Jika ingin mencuba kelainan dan menikmati Nasi Ayam ‘power’ boleh cuba resepi oleh Dahlia’s Kitchen. Menurut beliau cara yang digunakan ini ialaah cara yang mudah untuk menghasilkan nasi ayam.
Resipi Nasi Ayam Dahlia’s Kitchen
Bahan Bahan Kisar (Blend)
- Bawang Besar 4 Biji
- Bawang Kecil 1 Genggam
- Bawang Putih 2 Genggam
- Halia Sebesar Ibu Jari
P/S–*Bahan2 Yang Dikisar adalah untuk Nasi Ayam, Sambal dan untuk Ayam Goreng. Sila rujuk pada video.
Bahan Sambal (Dikisar semuanya)
- Cili Merah 5 Batang
- Cili Padi 5 Batang
- Chili Sauce 4 Sudu Makan
- Gula 2 Sudu Makan
- Sedikit *Bahan Kisar
Bahan Untuk Nasi Ayam
- Beras 3 leng
- 3 Sudu Makan Bawang Goreng
- Sedikit Minyak Bijan
- 3 Helai Daun Pandan
- Garam Secukup Rasa
*Bahan Kisar. (Ditumis, sila rujuk pada video)
Bahan Untuk Ayam Goreng
- 1 Setengah ekor ayam
- Tapioca Flour 4 Sudu Makan Atau lebih
- Garam Secukup Rasa
- Chicken Stock 1 cube
*Bahan Kisar
Cara Cara memasak
- Panaskan periuk dan tumis bahan kisar, daun pandan juga bawang goreng, masukan minyak bijan sikit
- Kemudian masukan beras, dan masukan air rebusan ayam, garam biarkan
- Untuk buat sup masukan rempah kisar, bawang goreng, salari
- Untuk rempah ayam masukan bahan blend, tepung, sesamil oil dan garam kemudian masukan chicken stock
- Selepas itu sapukan rempah ayam dan biarkan selama 30minit kemudian goreng
- Masukan nasi dalam rice cooker, kemudian buat sambal.
Kredit: Dahlia’s Kitchen