Casserole merupakan makanan barat yang sangat digemari oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia. Cara membuatnya juga tidak susah mana. Kalau ada yang mahu mencuba, jom lihat resipi Sloppy Joe Casserole hasil perkongsian oleh chef Cilik Danish Harraz di bawah.
Resipi Sloppy Joe Casserole
Bahan-bahan:
-
Roti Putih secukupnya
-
Butter atau Margerine, untuk disapu pada roti
-
250 grams daging lembu kisar (boleh juga guna daging ayam kisar)
-
½ biji bawang holland, dicincang
-
2 ulas bawang putih, dihiris nipis atau dicincang
-
¾ cawan sos tomato
-
1 sudu teh mustard
-
2 sudu teh gula perang
-
½ – 1 sudu teh serbuk cili atau cayenne pepper (boleh lebih kurangkan)
-
½ sudu teh parsley flakes
-
Garam halus secukup rasa
-
1 ½ – 2 cawan parutan mozzarella cheese
-
2 sudu besar olive oil/minyak masak
Cara-cara:
- Panasan sedikit olive oil atau minyak masak.
- Masukkan daging kisar. Masak sehingga warna berubah menjadi gelap. Biarkan seketika sehingga air dari daging kering.
- Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar yang dicincang. Goreng sehingga bawang menjadi sedikit layu.
- Masukkan sos tomato dan mustard. Kemudian masukkan gula perang, chili powder, parsley flakes dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
- Sos daging siap! Ketepikan seketika.
- Sapu butter pada roti dan dipotong dua.
- Susun roti dalam bekas, bahagian butter berada di bawah. Taburkan mozarella cheese.
- Letakkan sos daging tadi dan ratakan. Tabur lagi mozarella cheese.
- Susun roti, bahagian butter pada bahagian atas. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 160c.
Kredit: Danish Harraz