Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akak ‘Istimewa’ Gigih Buat “Fb Live” Jual Produk Makanan Guna Bahasa Isyarat Buat Netizen Terharu!

Akak ‘Istimewa’ Gigih Buat “Fb Live” Jual Produk Makanan Guna Bahasa Isyarat Buat Netizen Terharu!

Kategori:

Setiap orang mempunyai pelbagai dugaan hidup yang perlu dihadapi. Namun, setiap dugaan yang hadir itu sesuai dengan kemampuan diri untuk menempuhinya.

Sebagai contoh, ada insan yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ia sudah tentu menyebabkan kehidupan seharian mereka menjadi terbatas.

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sesuai dengan pepatah tersebut, kegigihan seorang insan istimewa yang tular di media sosial telah menarik perhatian netizen.

Akak ‘Istimewa’ Gigih Buat “Fb Live” Jual Produk Makanan Guna Bahasa Isyarat Buat Netizen Terharu!

Menerusi perkongsian oleh BENJIE, seorang wanita OKU tidak kekok membuat live di laman sosial Facebook walaupun berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Wanita yang menjual produk makanan itu dikenali sebagai Zetty Sufiyyah itu membuatkan netizen merasa kagum dengan kegigihannya dalam mencari rezeki.

https://www.facebook.com/zetty.sufiyyah/videos/5226894014019067/?t=961

Netizen juga turut meninggalkan komen positif dan memuji wanita ini yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk membuat bisnes.

Sumber: BENJIE, Zerry Sufiyyah

tags: |