Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Mentua, Niat Nak Jadi Menantu Idaman ‘Musnah’

Wanita Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Mentua, Niat Nak Jadi Menantu Idaman ‘Musnah’

Kategori:
menantu-robohkan-kabinet-mentua-7

Buat wanita yang baru sahaja berkahwin sudah pasti akan melakukan apa sahaja untuk ‘mengambil’ hati mentua seperti mengemas rumah, memasak dan apa-apa sahaja dalam urusan rumah.

Sedikit sebanyak pastinya membuatkan seorang menantu berhati-hati dalam setiap tindakan mereka kerana risau keluarga mentua tidak suka.

Kemas dapur mentua pada 2 pagi bertukar ‘tragedi’

Seperti yang dilakukan oleh seorang wanita dari negara seberang yang cuba menjadi menantu idaman dengan membersihkan rumah mentuanya pada jam 2 pagi. Malangnya, niat itu bertukar menjadi tragedi apabila kabinet dapur yang menempatkan pinggan mangkuk runtuh, menyebabkan pinggan mangkuk tersebut pecah berselerakan di lantai.

Video yang dikongsikan oleh Bandar Masker di TikTok itu telah mendapat lebih 2 juta tontonan dan 73 ribu tanda suka. Warganet turut meluahkan rasa bimbang dan tertanya-tanya bagaimana reaksi mentua wanita tersebut.

Menurut wanita itu, dia ingin memindahkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh ke dalam kabinet. Namun secara tiba-tiba kabinet tersebut runtuh. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan pinggan mangkuk pecah malah menyebabkan meja makan kaca mentuanya menjadi sumbing.

https://www.tiktok.com/@bandarmasker/video/6941255719974997249?is_copy_url=1&is_from_webapp=v3

@bandarmaskerKesalahan yg sangat bodoh. ##RejekiWOW ##PUBGMB3AT ##menantu ##mertua ##menantudanmertua ##pasutri ##nikahmuda ##fypyuk ##pastifyp ##bantufyp🥺 ##ohnoo♬ Oh No – Kreepa

https://www.tiktok.com/@bandarmasker/video/6941297774558235905?is_copy_url=1&is_from_webapp=v3

@bandarmaskerBalas @mustikamaharani08 #RejekiWOW #PUBGMB3AT #bantufyp🥺 #mertua #menantudanmertua #pasutri #pastifyp #fypdongggggg #berandafyp2#voiceeffects

♬ original sound – BandarMasker – Nandach

Warganet turut meninggalkan pelbagai komen terhadap peristiwa itu. Malah ada yang sempat mengusik kononnya wanita tersebut dipecat dari menjadi menantu.

Kredit: Bandar Masker

Baca Juga: “Ya Allah Terharunya..” Kerana Terlalu Teruja, Wanita Mengandung Ini Makan Kek Pengantin Sambil Menangis 

tags: