Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tips Goreng Tempe Garing Di Luar Lembut Di Dalam, Tak Perlu Goreng Lama Pun!

Tips Goreng Tempe Garing Di Luar Lembut Di Dalam, Tak Perlu Goreng Lama Pun!

Kategori: ,

Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang amal terkenal di Asia Tenggara dan berasal dari suku Jawa di Indonesia.

Buat peminat tempe pula, setiap kali waktu makan wajib ada tempe ini. Kalau orang Johor, tempe dicicah dengan sambal kicap yang enak. Boleh juga dijadikan lauk sampingan ketika sedang menjamu selera.

Namun jika salah teknik menggoreng tempe, ia akan menjadi keras dan tidak sedap. Sebenarnya, ada petua mudah untuk menggoreng tempe yang sedap, lembut di dalam dan garing di luar. Jom lihat tips di bawah ini.

Tips Goreng Tempe Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

Cara-caranya:

  1. Rendam tempe dalam air garam dan kunyit serbu. Garam tak perlu banyak, hanya secubit untuk naikkan rasa lemak.
  2. Rendam selama 30 minit atau 1 jam.Tips Goreng Tempe
  3. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya, tekstur tempe di dalam menjadi lembut dan garing di luar. Rasa sedap macam kacang rebus.Tips Goreng Tempe

Mudah sahaja tips ini, kan? Bagi penggemar tempe, perlu mencuba. Bila tempe sudah garing barulah sedap untuk dimakan dan dimasak dalam pelbagai cara.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Norizam Salina

Baca juga: Resepi Sambal Tauhu & Tempe Goreng Sayur, Baunya Pun Dah Cukup Buat Mak Mertua Terliur. Sedap Sungguh!

tags: |