Telur rebus boleh dimakan dengan pelbagai cara. Sama ada dimakan bersama kicap atau pun di makan dengan budu. Dimakan begitu sahaja pun tak menjadi masalah. Namun jika telur rebus ini dibuat gulai kuning adalah lebih sedap dan menyelerakan.
Memang sedap gulai kuning telur rebus ini. Lebih-lebih lagi jika dimasukkan kacang panjang. Di Kelantan, masakan yang sebegini adalah sangat terkenal. Jadi kalau anda nak mencuba, mungkin boleh rujuk resepi dekat bawah ini.
Resepi Mudah & Sedap Gulai Kuning Telur Rebus
Bahan-Bahan Gulai Kuning Telur :
- Bawang merah
- Serai, halia, lengkuas | diketuk
- Serbuk kunyit
- Kiub pati ikan bilis
- Telur rebus | Kupas kulit
- Santan
- Kacang panjang
- Garam dan gula
Cara Penyediaan Gulai Kuning Telur:
- Potong bawang merah, ketuk serai, ketuk halia dan ketuk lengkuas. Tak kisar pun.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan semua bahan (1) hingga naik bau.
- Masukkan air, serbuk kunyit dan kiub pati ikan bilis (saya guna jenama Adabi). Biarkan mendidih.
- Sementara ini boleh kupas telur rebus tu ye.
- Masukkan santan. Saya guna santan beku. Biarkan mendidih.
- Sementara ini saya potong kacang panjang. Sedang kuah gulai mendidih, masukkan telur rebus siap dikupas/dikopek dan kacang panjang siap dipotong.
- Biarkan mendidih lagi sekali. Matikan api dan dalam keadaan gulai panas itu perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Tak perlu tunggu pecah minyak sebab ini gulai telur rebus.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat gulai kuning telur rebus ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu appa lagi tu? Jom lah kita masak sekarang!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Syahr Musafir
Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk