Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » KFC Keluarkan Menu Baharu Sempena Ramadhan, ‘Zesty Crunch’ Yang Rangup Dan Padu!

KFC Keluarkan Menu Baharu Sempena Ramadhan, ‘Zesty Crunch’ Yang Rangup Dan Padu!

Kategori: ,

Sempena ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, KFC melancarkan satu menu baharu yang sangat istimewa iaitu KFC Zesty Crunch. Menu yang sangat mengiurkan ini terdiri daripada ayam goreng enak, rangup, segar, dan padu dengan rasa zesty limaunya yang berzing!

KFC keluarkan Zesty Crunch, Ayam Goreng Yang Rangup Serta Padu Digandingkan Bersama Dengan Zesty Limau Yang Berzing!

KFC Zesty Crunch ini mengetengahkan sos chimichurri gaya Argentina, ia merupakan salah satu sos sedap dan versatil popular di seluruh Amerika Selatan yang diperbuat daripada hirisan limau, daun ketumbar, daun parsley, dan bawang putih. Ianya sekaligus berasa sitrus, masam manis, harum berherba, dan pedas manja. Pastinya ia akan menjadikan sos ini sesuai dipadankan dengan ayam Hot & Spicy kegemaran ramai.

Untuk menu terbaharu ini anda boleh dapatkan bermula hari ini di restoran KFC seluruh negara dalam pilihan kombo istimewa. Kombo 2 ketul dan kombo 3 ketul ini terdiri daripada Coleslaw, Kentang Putar dan Ais Lemon Tea Lipton. Malah untuk lebih jimat anda boleh dapatkan dalam Box Meal yang mana turut mengandungi Burger Zinger dan Crispier Fries. Ianya hanya bermula RM15.99!

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang di KFC yang berdekatan dengan anda dan rasailah sendiri keenakannya!

tags: |