Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Almond Cookies Crunchy Yang Sangat Sedap, Sekali Gigit Terus Rasa Nikmatnya!

Resepi Mudah Almond Cookies Crunchy Yang Sangat Sedap, Sekali Gigit Terus Rasa Nikmatnya!

Kategori:
resepi almond cookies crunchy

Bulan Ramadan telah tiba. Selama sebulan kita akan berpuasa lepas tu raya. Bagi anda yang suka membuat kuih raya pasti tercari-cari resepi yang mudah dan sedap kan? Anda mungkin boleh cuba buat Almond Cookies Crunchy yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed ini. Pastinya anak-anak serta keluarga tersayang akan menyukainya.

Cara untuk menyediakan Almond Cookies Crunchy ini mudah sahaja malah bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Cara Mudah Buat Almond Cookies Crunchy

BAHAN-BAHAN:

  • 150g butter
  • 120g gula halus
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 150g tepung gandum
  • 100g tepung kastard
  • 75g tepung jagung
  • 60g serbuk badam

Bahan hiasan:

  • 1 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning
  • Almond nibs/almond strips

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mix butter bersama gula hingga putih berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Mix sehingga kembang dan sebati.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan ayak dan serbuk badam.
  5. Ulikan doh, jika lembik tambah sedikit tepung gandum. Sedikit sahaja jangan banyak.
  6. Kemudian ambil sedikit doh dan canaikan. Terapkan ikut acuan yang digemari.
  7. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.
  8. Bakar 170C selama 15-20 minit. Kalau oven saya 160C, saya suka crunchy, jadi saya tambahkan masa sedikit.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Almond Cookies Crunchy ini? Nanti sekejap je dah habis berbalang-balang sebab terlampau sedap. Yang penting jangan derhaka resepi ya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

Baca juga: Biskut Raya Paling Top Tahun Lepas, Ini Dia Resepi Mudah Biskut Almond Cluster

tags: | |