Tips sahur bulan puasa ini khas untuk anda yang berpuasa pada bulan Ramadan. Bila kita berpuasa, pengambilan kalori akan berkurangan dan menyebabkan nutrien pun berkurang.
Jadi bagaimana mahu memastikan anda mendapat nutrien yang cukup sepanjang bulan puasa ini? Jom baca hasil perkongsian oleh Salsabila Aznan untuk memastikan anda kenyang dan bertenaga sepanjang hari.
Ada yang kata, kalau makan nasi putih nanti cepat lapar sebab tinggi GI. Sebenarnya nasi tidak salah, yang penting anda perlu amalkan konsep suku-suku separuh. Pastikan separuh pinggan adalah sayur bukan nasi kerana serat dalam sayur akan membuatkan kita kenyang.
Cukupkan pengambilan air iaitu 8 gelas sehari.
Sumber protein antara nutrien yang lambat dihadam dan buat kenyang lebih lama. Kalau ambil nasi, makan bersama lauk ayam, ikan, telur atau tauhu. Kalau oat boleh ambil bersama yogurt atau susu.
Bukan setiap kali sahur hanya perlu mengambil nasi, telur dan salad sahaja. Anda perlu pelbagaikan jenis makanan anda. Boleh cari sayur berwarna ungu, putih dan juga hijau. Lebih banyak variasi, lebih banyak nutrien.
Makanan terproses seperti burger, sosej dan nugget tinggi dengan garam. Kalau makan nasi berlaukkan telur masin, ikan masin, budu dan cecalok juga perlu dikurangkan.
Kredit: Salsabila Aznan