Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak Tak Suka Sayur? Buat Je Sup Sayur Tauhu Telur Ni Memang Mampu Naikkan Selera

Anak Tak Suka Sayur? Buat Je Sup Sayur Tauhu Telur Ni Memang Mampu Naikkan Selera

Kategori: ,
sup sayur tauhu telur

Jika anda pernah makan masakan tauhu telur, anda pasti akan menggemari resipi sup sayur tauhu telur ini. Sama seperti tauhu telur, namun ada penambahan sayur dan juga isi ayam untuk kelainan.

Kalau anak anda tidak menggemari sayur, boleh cuba memasak menu ini. Dijamin anak-anak akan suka siap bertambah!

Ikuti sahaja resipi lengkap perkongsian oleh Khadijah Jaafar di bawah. Kalau tak suka cair, boleh masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuat. Kalau suka kuah cair, tak perlu masukkan tepung jagung. Selamat mencuba!

Resipi Sup Sayur Tauhu Telur

Bahan-bahan:

  • 2 pek tauhu telur – potong kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/6 bawang holland – dari sebiji bawang holland amek 1/6 sahaja
  • Isi ayam/udang – saya letak ayam
  • 1 kiub perisa ayam
  • Brokoli
  • Bunga kobis
  • Lobak merah
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • Garam

Cara-cara:

  1. Goreng tauhu.
  2. Tumbuk bawang putih dan bawang besar holland. Nak guna bawang merah pun boleh, tapi guna bawang holland rasanya lebih sedap.
  3. Tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan air isi ayam/udang dan kiub ayam.
  5. Biarkan mendidih masukkan sayur dan tauhu. Kalau suka sayur tu lembut, masukkan sayur dahulu. Saya suka sayurnya tak terlalu lembut, jadi saya masukkan sekali dengan tauhu.
  6. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan perasankan dengan garam. Kalau suka pekat boleh tambahkan air bancuhan tepung jagung.
  7. Hidang panas-panas, mantap rasanya. Selamat mencuba!

Kredit: Khadijah Jaafar

tags: |