Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Cara Buat Roti Sardin Telur Paling ‘Express’, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Kategori:
roti sardin telur

Tak berselera nak makan nasi? Apa kata jom buat roti sardin telur yang mudah dan menyelerakan ini.Yang penting, cara menyediakannya sangat mudah. Kalau lapar tengah malam pun tidak ada salahnya jika mahu membuat menu ini.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Ameera ini. Memang tak menyesal punya kalau dah buat.

Resipi Roti Sardin Telur Yang Simple Serta Cepat! 

Bahan-bahan:

  • Sardin
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji telur
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah

Cara-cara:

  1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris.
  2. Masukkan juga cili hijau, 2 biji telur, daun sup, sedikit garam dan sedikit lada sulah.
  3. Lenyekkan dan gaul sebati.
  4. Masukkan roti dan salutkan semuanya.
  5. Panaskan sedikit minyak dan mula menggoreng.
  6. Siap untuk dimakan. Mudah dan sangat menyelerakan.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Sardin Telur ini? Yang penting sedap tau. Nak bawa pergi berkelah atau bekal balik kampung pun okay sangat!

Selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

tags: | |