Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand, Serius Mudah Teramat Sangat!

Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand, Serius Mudah Teramat Sangat!

Kategori:
siakap 3 rasa ala Thailand

Pelbagai menu boleh dibuat dengan menggunakan ikan siakap. Contohnya ikan siakap stim, ikan siakap masak tomyam dan ikan siakap 3 rasa ala Thailand.

Ramai juga yang menggemari ikan siakap 3 rasa macam di kedai Thailand ini. Tapi mungkin ada yang belum tahu cara-cara membuatnya.

Kalau anda nak cuba masak ikan siakap 3 rasa ala Thailand, boleh ikuti resipi lengkap di bawah hasil perkongsian oleh Liza Idris. Selamat mencuba ya!

Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (cincang halus)
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1/2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 potong nenas
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan

Bahan sos:

  • 3 sudu besar cili kering
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan

Cara-cara membuatnya:

  1. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.
  2. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul sebelum menggoreng.
  3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah.
  4. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu.
  5. Patut tadi tumis sekali serai. Lupa pula. Tak apa masuk je serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.
  6. Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.
  7. Masukkan 1 cawan air. Bila kuah dah pekat, letakkan sos ikan.
  8. Masukkan daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.
  9. Masukkan timun. Bila timun dah masak baru masukkan tomato dan nenas.
  10. Tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

tags: |