Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » The Coffee Bean & Tea Leaf® Tawar Minuman ‘Turkish Mocha’ Baharu Sempena Ramadan

The Coffee Bean & Tea Leaf® Tawar Minuman ‘Turkish Mocha’ Baharu Sempena Ramadan

Kategori: ,
The Coffee Bean

Berita baik untuk penggemar The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL)Mereka telah menawarkan promosi istimewa sempena Ramadan iaitu Ramadan Late Night Dessert. Jangan lupa baca sehingga habis untuk mengetahui berkenaan promosi tersebut.

Dalam meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya yang akan datang, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) telah memperkenalkan minuman kopi baharu iaitu, ‘Turkish Mocha’ dan banyak lagi menu lain yang menarik.

Turkish Mocha ini boleh dinikmati dalam bentuk ‘Ice Blended®’, latte panas atau sejuk dan juga cold brew latte’ pada harga bermula daripada RM12.80 sehingga RM18.00.

Kalau anda bukan peminat kopi, boleh mencuba secawan teh Wakoucha Mariko yang menyegarkan setelah seharian berpuasa.

Paling best, anda boleh gandingkan minuman baharu ini bersertakan Per-chick Sandwich yang disajikan dengan sos percik berkrim dan dilapisi telur rebus.

Kalau nak rasa mood ala-ala di kampung, boleh cuba Opah Rendang Pie iaitu rendang ayam tradisional yang dibakar di dalam kerak pai yang enak! Memang menggamit memori di kampung bersama keluarga tersayang.

CB&TL juga mengembalikan menu kek pandan tradisional ‘The Straits’ kegemaran ramai yang dilapisi dengan gula melaka, krim dan keju mascarpone. Yummy! Buat peminat coklat, mereka turut menawarkan The 72%, kek coklat gelap 72% khas untuk anda! Kek coklat dengan lapisan kacang badam dan pralin yang enak.

Nak pencuci mulut yang lebih ringan? Cubalah The Sea Salt Mac, biskut dempak yang lembut sarat dengan coklat gelap dan kacang macadamia, Sour Cherry Muffin yang dipenuhi dengan ceri masam yang enak atau The Raya Cookies yang lazat!

Tawaran Istimewa Sempena Ramadan & Raya

The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) turut menawarkan promosi istimewa yang wajib direbuti sebab ianya hanya untuk masa yang terhad!

1) Ramadan Late Night Dessert Special (di kedai)

Beli 2 minuman yang digemari dan dapatkan satu pencuci mulut PERCUMA bermula 13 April sehingga 12 Mei, dari jam 8 malam sehingga tamat waktu operasi. (tidak termasuk minuman ristretto, espresso dan espresso macchiato)

2) Promosi Raya Single Serve Machine (di kedai atau melalui laman web CB&TL)

Dapatkan potongan 30% untuk mana-mana CB&TL Single Serve Machine bermula dari 13 April sehingga 27 April.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati semua sajian enak ini. Tersedia untuk dinikmati di kedai atau menggunakan penghantaran di semua lokasi The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL)

Boleh juga untuk pandu lalu di 4 lokasi dengan kaunter pandu lalu iaitu di Setia Tropika, Johor Bahru; Shell Kepong di MRR2; Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang; dan Centerpoint Seremban.

tags: |