Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Cili Hijau Belacan

Resepi Ayam Goreng Cili Hijau Belacan

Kategori:
resepi ayam goreng cili hijau belacan

Resepi ayam goreng cili hijau belacan merupakan hidangan yang sangat sesuai untuk dimasak pada bila-bila masa sahaja. Gabungan cili hijau dan belacan ini pastinya membuatkan selera anda bertambah-tambah. Nasi sepinggan belum tentu cukup tau.

Jadi jom kita ikuti resepi perkongsian oleh Nurul Ateekah dilaman facebook ini. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Menggiurkan sungguh!

Cara Buat Ayam Goreng Cili Hijau Belacan

Bahan-bahan :

  • Ayam 1kg
  • Serbuk belacan 2 sudu kecil
  • Serbuk cili 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • Serbuk lada putih 1 sudu kecil
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil
  • Garam ½ sudu kecil
  • SOS tiram 1 sudu besar
  • 2 sudu besar tepung beras

Bahan kisar : 

  • 4 ulas bawang putih
  • Cili hijau 2 batang
  • Cili padi hijau 2 batang(jika suka)

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan kesemua bahan didalam bekas yang berisi ayam. Gaulkan sebati dan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam sehingga 7-10 minit@sehingga ayam masak.
  3. Angkat dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah

Baca juga : Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

tags: | | |