Sejak COVID-19 wujud dimuka bumi ini pelbagai cerita dan peraturan yang dilaksanakan. Peraturan yang dilaksanakan oleh pihak berwajib ini adalah perlu dipatuhi. Hal tersebut adalah amat penting bagi mengelakkan wabak COVID-19 ini terus merebak. Mungkin kompaun akan dikenakan sekiranya ada pihak yang tidak mematuhi SOP yang dikenakan.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan ini. Dimana dia telah dikompaun sebanyak 50 ribu kerana menjual burger di depan rumah selepas pukul 11 malam.
Kompaun yang dikenakan kepada peniaga ini memang mengejutkan orang ramai walaupun burger yang dijual itu tidak dimakan di situ. Ianya akan dihantar ke rumah pelanggan yang telah membuat tempahan sejurus selepas dimasak.
Alahai dugaan bulan puasa. Berniaga burger depan tangga rumah. Pukul 11 lebih polis datang bagi kompaun RM50k.
Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah.Ada hikmah disebalik kejadian, niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan sahaja.