Mungkin ramai yang sudah mula mencari resipi biskut raya untuk Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Anda boleh cuba membuat Ferrero Cookies ini.
Liaht resipi Ferrero Cookies yang telah dikongsikan di bawah. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga pada Hari Raya.
Jangan lupa buat lebih sebab satu bekas confirm tak cukup. Maklumkan, makanan sedap pasti semua berebut! Selamat mencuba.
Resipi Ferrero Cookies
Bahan-bahan:
-
250 gm buttercup
-
3/4 cawan gula kastor
-
1/2 cawan Serbuk badam
-
1/2 cawan susu tepung
-
1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
-
2 sudu tepung jagung
-
2 sudu tepung beras
-
Tepung gandum (cap sauh) 2 cawan
-
Kacang hazelnut biji (dibakar hingga rangup)
-
Kacang nib (dibakar terlebih dahulu)
-
Beryl’s Milk compound
Bahan-bahan:
- Pukul gula dan buttercup sehingga kembang.
- Masukkan serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung dan tepung beras.
- Kacau dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh digetel dengan elok.
- Betukkan bulat doh, letakkan kacang hazelnut sebiji-sebiji. Bulatkan dan bakar sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
- Apabila biskut dah masak, sejukkan.
- Cairkan coklat beryl’s, masukkan kacang nib dalam coklat cair.
- Ambik biskut tadi dan celupkan dalam coklat.
- Masukkan dalam paper cup dan biarkan ia sehingga keras atau letakkan sekejap dalam freezer. Siap!
- Selamat mencuba!
Kredit: Faizah Arzmi