Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Pisang Bersos Kastard Yang Mudah, Cepat & Menyelerakan!

Cara Buat Puding Pisang Bersos Kastard Yang Mudah, Cepat & Menyelerakan!

Kategori:
resepi puding pisang bersos kastard

Puding pisang bersos kastard antara pencuci mulut yang sangat popular dari dahulu hingga kini. Apabila tiba bulan ramadan pastinya puding ini menjadi salah satu sajian yang wajib ada. Mungkin ramai dari kalangan anda yang menyukainya namun membelinya sahaja diluar kerana menganggap ianya susah untuk dibuat.

Namun puding pisang bersos kastard ini sangatlah mudah untuk disediakan. Betul ke mudah? Ya sangatlah mudah. Dengan menggunakan resepi di bawah ini, ianya bukan sahaja mudah malah sangat sedap dan menyelerakan.

Resepi Puding Pisang Bersos Kastard Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan :

  • Pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
  • Sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 Sb tpg kastard
  • 2 Sb gula pasir
  • Sehelai daun pandan disimpul

Cara Penyediaan :

  1. Masak semua bahan sehingga pekat.
  2. Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
  3. Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.
  4. Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Pisang Bersos Kastard ini? Kalau anda penggemar buah pisang, anda wajib cuba menu yang mudah ini. Sekali buat pasti jatuh cinta punya.

Selamat mencuba!

Kredit : Linda Zaid

Baca juga : Resepi Puding Pisang Kastard, Memang Sedap Kome Oii!

tags: |