Keenakan rasa biskut bangkit cheese tidak dapat dinafikan lagi. Rasanya yang cair dimulut apabila dimakan memang cukup digemari ramai.
Beli sebalang memang tak cukup, kalau beli banyak terasa mahal. Jadi apa kata jom buat sendiri baru puas hati.
Kalau tidak tahu resipi dan cara membuatnya, ikuti sahaja resipi lengkap perkongsian oleh SuiSan Aliezsha di bawah. Selamat mencuba!
Cara Buat Biskut Bangkit Cheese
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan)
- 3 cawan tepung jagung
- 1 ketul buttercup
- 250g cream cheese
- 1 cawan gula halus
- 2 biji kuning telur
- 1 sk baking powder
- 1 sk esen vanilla
- 1 ketul cheese cheddar
Ayak tepung jagung, tebung ubi dan baking powder terlebih dahulu.
Cara membuatnya:
- Putar butter dan gula sehingga kembang.
- Masukkan cream cheese, esen vanilla dan kuning telur. Putar lagi sehingga sebati dan kembang.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar seketika dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
- Parutkan cheese cheddar dan gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.
- Biarkan doh dalam beberapa minit kemudian tekap acuan.
- Panaskan oven terlebih terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170 celcius selama 30 minit mengikut oven masing-masing.
- Selamat mencuba!
Kredit: SuiSan Aliezsha