Umum mengetahui bahawa lemang adalah salah satu juadah hari raya yang popular dalam kalangan umat Islam di Malaysia dan juga negara luar. Selain ketupat, lemang ini juga menjadi senarai makanan yang wajib ada. Lemang ini memang sangat enak jika dimakan bersama-sama dengan rendang atau pun serunding.
Untuk menyediakan lemang ini tidak sesulit yang disangka. Namun memandangkan ramai dikalangan kita yang tidak sempat untuk menyediakannya sendiri jadi ramai yang membelinya di tepi jalan atau pun dengan sesiapa sahaja yang menjual lemang ini.
Namun tak semua penjual lemang ini menjual lemang yang sedap dan elok. Ada sesetengah penjual yang tidak berhati perut menjual lemang yang sudah basi, tidak menjadi dan sedap serta tidak elok dimakan.
Jadi Daily Makan nasihatkan anda supaya lebih berhati-hati dan amalkan beberapa tips di bawah ini. Tips membeli lemang ini pernah dikongsi oleh Harris Rosli di laman facebook sebelum ini.
Dinasihatkan anda mencari gerai lemang yang banyak kayu. Sebab kebiasaanya gerai lemang yang banyak kayu ini akan membakar lemang digerai tersebut dan bukannya kukus lemang tempat lain kemudian bawa datang ke gerai dan layurkan sahaja dekat bara api.
Buatlah pemilihan yang bijak, tak semestinya lemang yang besar rasanya sedap. Ambil yang sedang-sedang sahaja sebab yang besar tidak semestinya dimasak dengan sempurna. Apabila kita potong lemang yang besar ini, keliling lemang memang masak namun di bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Jadi seeloknya belilah yang kurus serta kecil, peluang untuk garing tu amat tinggi. Sebab total surface area yang kena haba sangat besar.
Sebolehnya minta tauke belah dahulu bahagian bawah lemang tu. Ini kerana nak bakar lemang orang akan pakai hipotesis. Jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk dekat pelanggan dan kata lemang masak. Kita pun beli namun menyedihkan bila potong bahagian bawah masih lagi tak masak. Kesian.
Jangan sesekali singgah beli lemang di gerai yang menggunakan kayu pallet sebagai kayu bakar lemang. Tolong jangan! Sebab gerai yang pakai pallet ini berbahaya sewaktu bakar lemang tersebut. Kalau anda perasan, pallet kayu ini jarang anai-anai sentuh kan?
Ya, sebabnya pallet kayu ini telah diracun dengan sejenis chemical khas untuk mengelakkan anai-anai makan. Jadi kalau pallet tersebut dibakar secara tidak langsung ia akan menghasilkan gas berbahaya. Walaupun kita tak nampak mungkin lemang tersebut sudah terkena tempias
Kalau anda beli 3 batang ke atas rasanya tak salah kan minta diskaun. Tapi janganlah minta diskaun gila-gila. Kesian la dekat orang yang bakar lemang siang malam tu, ingat senang ke nak kawal api. Hari-hari pedih mata tau!
Sewaktu membeli lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang sudah kering. Apabila kepala sudah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling lama 2 hari. Walaupun kepala tersebut nampak kotor atau tidak elok, jangan buang! Bahagian tersebutlah yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So dia rasa masin-masin sikit dan berlemak. Memang sedap!
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang upside down dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu kepala lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Akhir sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tauke lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan puan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Kredit : Harris Rosli
Baca juga : Cara Senang Buat Lemang Hanya Guna Tin Minuman Dan Masak Dalam Pengukus Atau Rice Cooker