Mana peminat raja buah ini? Kini sudah ada ‘durian tanpa duri’. Siapa yang sebelum ini pernah berangan-angan untuk makan durian tanpa perlu berhadapan dengan durinya yang kadang kala memakan diri, inilah waktunya. Selain Indonesia kini Thailand juga sudah berjaya menghasilkan durian tanpa duri ini.
Durian tanpa duri ini ditanam di sebuah perkebunan durian di Kabupaten Lap Lae, Provinsi Uttaradit Thailand. Kebun ini juga terkenal dengan Lin Laplae dan Lost Durians. Pastinya ramai yang tertanya-tanya kisah atau cara penanam durian ini sehingga ia terhasil tanpa sebarang duri.
Menurut Thairath Online kebun durian tanpa duri ini diusahakan oleh pemilik perniagaan kereta terpakai iaitu Seri Suksa, 45 tahun. Dalam masa yang sama Seri Suksa juga mempunyai perniagaan dalam bidang pertanian di mana beliau memiliki lebih dari 50 kebun durian di daerah Fai Luang, Kabupaten Lap Lae.
Namun menurutnya durian tanpa duri ini adalah yang pertama dan ia dihasilkan dalam pertanian dan organik. Durian ini dapat hidup dalam hutan tanpa menggunakan bahan kimia. Secara tidak langsung ia menjadi kebanggaan kepada Seri Suksa kerana dapat menghasilkan impian kebanyakan orang ini.
Menurut Seri Suksa lagi, tahun sebelum ini ia tidak membuahkan hasil walaupun pokok sudah berbunga. Sehingga tahun ini, percubaan untuk membuatkan 20 anak pokok berbunga itu berhasil walaupun hanya berhasil 2 buah pokok.
Apa yang saya lakukan adalah tidak dijangka. Tetapi saya tetap mahu lakukan apa yang awk suka. Ianya bukan baru lagi, 30 tahun lepas ayah saya sudah melakukannya di kawasan rahsia. Ia terpaksa dihentikan kerana pada waktu tersebut ia tidak sesuai untuk dilakukan. Namun segalanya adalah mustahil hari ini ia berhasil.
Seri juga berkata, walaupun menghadapi cabaran pasti ia akan terus maju. Sekarang cabarannya adalah ia hanya berjaya dihasilkan sebanyak 10%. Durian tanpa duri ini sudah mendapat perhatian orang ramai. Malah ada pemborong durian yang mana ingin mendapatkan 300 kilogram sehari, namun buat masa ini ia agak sukar. Masih banyak perkara yang perlu dibaiki dan dicari apa masalahnya.
Mungkin untuk beberapa tahun kedepan semua orang akan dapat merasai durian tanpa duri ini. Tidak perlu bersusah payah lagi dengan durinya yang menganggu setiap kali kita ingin mengupasnya. Namun kemungkinan harganya 5-6 kali lebih tinggi dari harga durian biasa.
https://www.facebook.com/100001594108042/videos/1962071160522668/
Sumber : Thairath Online