Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya Dah Licin Sebalang!

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya Dah Licin Sebalang!

Kategori:

Tidak dinafikan, biskut coklat chip sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Kalau diikutkan, cara membuat biskut ini tidak susah mana. Sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya dan dijamin menjadi jika ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini dengan betul.

Resipi perkongsian oleh Yatie Faizal ini dikatakan hasil olahan dari resipi Anna Alson dalam rancangan masakannya. Kalau ada yang mahu mencuba, lihat resipi lengkap di bawah.

Cara Membuat Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson

Bahan-bahan:

  • 227g butter (pure butter salted lebih sedap, tak perlu letak garam)
  • 170g gula perang
  • 2 sdk esen vanilla
  • 2 biji telur B384g tepung gandum cap rose (tepung gandum biasa)
  • 1 1/4 sdk soda bikarbonat (untuk merangupkan biskut)
  • 1 cawan badam nips panggang
  • 2 cawan coklat chip boleh guna saiz kecik atau besar

Cara-cara:

  1. Putar butter dan gula sehingga warna kelihatan sedikit pucat dan creamy.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang sudah diayak. Gaul sebati menggunakan spatula.
  4. Masukkan badam nips dan coklat chip. Gaul sekejap sahaja sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam piping beg. Potong hujung sedikit besar (agak-agak saiz biskut yang diingini).
  6. Tekan piping beg ke ada dulang seperti dalam gambar. Kemudian tekan sedikit.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit menggunakan api atas bawah. Selamat mencuba!

Kredit: Yatie Faizal

tags: |