Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 3 Resepi Mudah Untuk Di Buat Pada Hari Lebaran, Pastinya Sedap Dan Lebih Menyelerakan!

3 Resepi Mudah Untuk Di Buat Pada Hari Lebaran, Pastinya Sedap Dan Lebih Menyelerakan!

Kategori: ,
hidangan hari raya

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut hari lebaran. Hari lebaran atau hari raya ini disambut selepas seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan. Seperti tahun lepas, tahun ini juga rakyat Malaysia tidak boleh pulang beraya di kampung masing-masing disebabkan Covid-19 gelombang 4 yang melanda.

Bermula hari ini, 10 Mei 2021 pergerakkan merentas daerah dan negeri bagi seluruh Malaysia tidak dibenarkan. Namun begitu, hari raya tetap juga akan di sambut walaupun terdapat banyak halangan. Tetaplah beraya bersama dengan ahli keluarga yang ada dan sediakanlah makanan yang enak dan menyelerakan.

Antara hidangan hari raya yang boleh anda sediakan nanti adalah nasi beriani telur bumbu kuning pedas. Hidangan ini memang sangat terbaik. Digandingkan pula bersama-sama dengan kek marble coklat dan air koktail buah soda. Memang gabungan yang perfect!

3 Resepi Mudah Untuk Di Buat Pada Hari Raya

1. Nasi Beriani Berlaukan Telur Bumbu Kuning Pedas

Resepi Nasi Beriani

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi (rendam dulu setengah jam)
  • 3 sdb rempah beriani faiza
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit minyak sapi/mentega
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Kismis

Cara penyediaan :

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskn bawang halia hingga layu.
  2. Masukkan 3 sekawan, daun pandan dan rempah beriani.
  3. Masukkan susu cair dan air secukupnya.
  4. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Dah mengelegak tutup api dan curahkan ke beras dalam periuk nasi tadi.
  6. Biarkan masak, bila dah kering titikkan pewarna kuning sikit dan taburkan kismis.
  7. Taburkan bawang goreng.

Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas

Bahan-bahan :

  • Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Lengkuas 3 cm dihiris
  • Tomato ( dibelah )
  • 2 helai Daun limau purut ( dihiris )
  • 1 helai Daun kunyit ( dihiris )
  • Santan fresh 700ml
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 1-1½ cawan minyak
  • Bawang besar 1-2 biji *
  • Bawang putih 4 ulas *
  • Halia 3cm *
  • Kunyit hidup 3cm*
  • Cili hijau 3 batang *
  • Cili padi hijau 10 batang *
  • Cili kering 7-10batang *

Nota :

  • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
  • Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *.

Cara Penyediaan : 

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur, Goreng sehingga 1-2 minit atau kulit telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering
  4. Kemudian masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit.
  5. Kemudian gaulkan sehingga kering dan pecah minyak
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan rata
  7. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
  8. Angkat dan siap untuk dihidang.

P/S : Kalau nak buat lauk lain pun okay. Terpulang kepada selera masing-masing.

2. Resepi Kek Marble Coklat 

Bahan-bahan:

  • Majerin 300 g
  • Gula perang 200 g
  • Telur 6 biji
  • Tepung self rising 200g
  • Serbuk koko 20g

Cara penyediaan :

  1. Majerin dan gule perang satukan. Mix kalau takde mix, pakai whisk je sampai sebati dan kembang.
  2. Masuk telur satu-satu. Slowkan mixer, masuk tepung.
  3. Last,matikan mixer kacau rata.
  4. Satu bahagian adunan,letak serbuk koko dan kacau.
  5. Bawah loyang lapik baking paper. Boleh tuang selang seli dalam loyang 8×8.
  6. Siap dah,jangan lupa lepas selang-selikan adunan tadi kene hentak-hentak sikit bagi die rata.
  7. Bakar suhu 170 darjah,api atas bawah masa 50 hingga 55 minit bergantung oven masing-masing ya.
  8. Dah siap,terbalikkan kat redai.Baru ambik board tebalikkan semula.Potong pakai pisau yang begerigi.Siap dah boleh hidang.

3. Resepi Air Koktail Buah Soda

Bahan-bahan : 

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 500ml ais krim soda
  • 1 tin buah koktail
  • 1 bekas nata de coco
  • 2 paket sumi

Cara penyediaan :

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan ais dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan selamat menyambut hari raya!

tags: |