Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Belum ada menu pencuci mulut pada Hari Raya? Jom buat kek span coklat yang sangat mudah dan lembut apabila digigit ini.
Paling best, dapat rasa coklat yang serius sedap! Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun dijamin akan suka rasa kek ini.
Kalau ada yang mahu mencuba, jom buat menggunakan resipi perkongsian oleh Jejaka Brownie di bawah. Selamat mencuba ya!
Resipi Kek Span Coklat
Bahan 1:
-
Tepung gandum 50gm
-
Serbuk Cocoa 50gm
-
Tepung jagung 50gm
-
Baking powder 1/2 sudu besar
-
Gula castor 120gm
-
Susu Full cream 60gm (cecair)
-
Telur C 6 biji (A/B 5biji)
-
Ovelate 1 1/2 sudu besar
-
Esen Vanila 1 sudu besar
-
Garam secubit
Bahan 2:
- Minyak Jagung / Minyak Masak 60gm
Cara penyediaan:
- Satukan semua bahan 1 dan pukul selama 10 minit pada kelajuan maksimum.
- Akhir sekali, masukkan bahan 2 selepas bahan 1 siap dipukul. Gunakan teknik kaup balik sahaja.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang tinggi saiz 6 1/2″ – 7″.
- Bakar pada suhu 160° mengikut kesesuaian oven anda selama 1 jam sehingga masak menggunakan rak bawah, api atas bawah.
- Selamat mencuba!
Kredit: Jejaka Brownie