Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Rahsia Yang Ramai Tak Tahu, Tepung Ini Mampu Sedapkan Biskut Raya Anda, Lebih Ringan & Rangup!

Rahsia Yang Ramai Tak Tahu, Tepung Ini Mampu Sedapkan Biskut Raya Anda, Lebih Ringan & Rangup!

Kategori: ,
tepung pau biskut raya

Apabila tiba hari raya, pastinya ramai dikalangan kita yang suka membuat atau menyediakan kuih atau biskut raya sendiri. Tidak memilih untuk membeli yang sudah siap kerana kadang kala ia tidak kena dengan selera. Walaupun tidak terlalu banyak masa namun sesetengah orang pasti akan bertungkus lumus menyediakan biskut raya sendiri untuk keluarga tercinta.

Umum mengetahui, dalam proses menyediakan biskut raya ada beberapa bahan penting yang amat diperlukan. Tanpa bahan tersebut maka tidak menjadilah biskut raya kita. Bahan tersebut adalah tepung. Dalam menghasilkan biskut raya yang sedap dan rangup pelbagai jenis tepung yang digunakan. Termasuklah tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, tepung kek dan bermacam-macam lagi tepung lain.

Tepung Pau Bakers Choice

Namun tahukah anda ada rahsia yang tersembunyi yang masih ramai lagi tidak tahu. Ada satu tepung yang dikenali dengan nama tepung pau Bakers Choice ini antara tepung yang sangat sesuai untuk dibuat biskut. Ia akan menambahkan lagi kerangupan dan kelembutan biskut yang dibuat.

Kenapa tepung pau boleh menjadikan biskut kita lebih enak dan sedap? Hal tersebut adalah kerana tepung pau ini kurang gluten. Secara asasnya tepung yang kurang gluten ini memang elok dibuat biskut. Kemungkinan untuk biskut lebih rangup dan lembut adalah tinggi.

Selain boleh menjadikan biskut anda yang paling tersedap di dunia, tepung pau ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan kek lapis yang lembut. Anda masih tak percaya? Mungkin anda boleh lihat apa komen netizen tentang tepung pau bila mana ada warganet yang bertanya mengenai tepung pau ini.

Tepung ini high protien…

Baru tahu…

Memang crunchy…

Elok je kejadiannya…

Nah, setelah membaca komen di atas apakah yang anda semua fikirkan saat ini? Jadi tidak hairanlah mengapa tepung pau ini selalu habis di pasaran. Kebolehannya untuk menjadikan biskut raya lebih lembut dan sedap tidak dapat disangkal lagi. Jadi mungkin selepas ini, anda semua boleh dapatkan tepung pau ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Geng Hero Dapur

Baca juga : 5 Resepi Biskut Raya Berasaskan Cornflakes Yang Boleh Anda Cuba

tags: |