Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Resepi Mudah Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Kategori: ,
resepi mudah sambal ikan bilis

Sambal ikan bilis merupakan satu benda yang teramat penting. Kalau sedap sambal ikan bilis yang dibuat maka sedap jugalah hidangan nasi lemak. Nak buat sambal ikan bilis yang sedap dan padu takde lah susah sangat. Cuma perlu tahu cara yang betul. Mungkin juga anda boleh ikut selera masing-masing. Kalau anda seorang yang suka sambal ikan bilis yang garing, gorenglah terlebih dahulu ikan bilis tu. Tapi sekiranya anda suka yang lembut, terus je masak.

Nak tahu resepi sambal ikan bilis paling mudah dan paling madu? Rujuklah resepi perkongsian Nurul Ateekah ini. Pasti anda berpuas hati!

Cara Mudah Buat Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan :

  • Ikan Bilis 1 cawan ( dibersihkan )
  • Cili Kering 15-20 batang *
  • Bawang Besar 5-7 biji*
  • Bawang putih 10 ulas*
  • Belacan 2-3 cm (dibakar seketika) *
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • 1 helai Daun pandan(disimpul)
  • Perahan air asam jawa(3 sudu besar)
  • Gula pasir
  • Gula Melaka 2 sudu besar
  • Serbuk Perasa (jika mahu)
  • Garam
  • Minyak masak (kena banyak)

P/S :

  • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi.
  • Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan juga serai dan daun pandan dan tumis sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak. Masak sekurangnya 1 jam 30 minit atau sehingga 2 jam.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa dan daul sebati.
  3. Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam kemudian gaul rata.
  4. Masukkan ikan bilis dan gaul rata sehingga ikan bilis masak .
  5. Angkat dan siap untuk dihidang

Selamat mencuba!

Kredit : Nurul Ateekah

Baca juga : Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Yang Sedap Dan Menyelerakan

tags: | |