Umum sedia maklum, kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Malaysia menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.
Pasti ramai yang merindui masakan ibu di kampung, lagi-lagi pada pagi Hari Raya kerana kebiasaannya akan berkumpul sanak saudara menikmati juadah raya.
Seperti dalam video yang tular di tiktok apabila seorang gadis menerima parcel daripada ibunya di kampung dengan harapan dapat mengurangkan rasa rindu anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @intanatilia12 di laman TikTok miliknya, kelihatan dia sedang membuka bungkusan yang dikirim oleh ibunya.
Apabila dibuka, dia gembira melihat kerepek pisang hasil air tangan ibunya. Kerana terlalu rindu, gadis ini kelihatan sebak semasa makan kerepek pisang itu.
Pengguna TikTok bernama Intan itu turut meluahkan rasa rindu terhadap masakan mak kerana tidak dapat beraya di kampung malah terpaksa beraya seorang diri tanpa keluarga tercinta.
Lihat video penuh di link ini.
Sumber: TikTok @intanatilia12