Tidak dinafikan, banyak kebaikan jika mengamalkan makan buah-buahan. Pelbagai buah-buahan menarik terdapat di Malaysia tak kira buah tempatan atau dari luar negara.
Namun, jika diambil berlebihan juga tidak berapa elok lagi-lagi buat penghidap diabetes. Bukan tidak boleh makan langsung, tapi perlu diambil dalam jumlah yang terhad untuk mengelakkan bacaan diabetes menjadi tinggi.
Namun kadang-kadang susah untuk mengawal ibu bapa yang menghidap penyakit ini lagi-lagi jika mereka sudah berusia. Anak-anak tidak berniat untuk menghalang, tetapi risau akan risiko yang bakal dihadapi.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita yang merupakan pengguna TikTok iaitu @Hannymaru berkongsikan gelagat lucu ayahnya yang curi-curi makan buah siap pakej buat muka comel.
Menerusi video tersebut, difahamkan sejak kebelakangan ini bacaan kencing manis ayahnya sudah turun. Mungkin itu yang menyebabkan ayahnya ‘berani’ untuk curi-curi makan buah. Namun begitu, mengambilan buah tetap perlu dikawal untuk mengelakkan bacaan kembali tinggi.
Lihat video penuh di link ini.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu ayah kepada wanita ini dan ada juga yang turut berkongsi pernah mengalami hal yang sama.