Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Teknik Orang Thai Lembutkan Daging Dengan Cepat, Guna Bahan Ini Je!

Wanita Ini Kongsi Teknik Orang Thai Lembutkan Daging Dengan Cepat, Guna Bahan Ini Je!

Kategori:
teknik lembutkan daging dengan mudah

Daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan sebarang jenis daging memerlukan masa yang agak lama untuk empuk dan lembut kan? Kalau sesiapa yang mempunyai pressure cooker memang tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada perkakasan tersebut memang agak sukar.

Terpaksa tunggu berjam-jam dan perhatikan paras airnya selalu. Memang memenatkan. Namun andainya anda tahu cara ‘ini’. Ianya tidak menjadi masalah lagi kerana anda boleh sahaja menggunakan ais untuk melembutkan daging yang anda masak dengan cepat.

Teknik melembutkan daging dengan menggunakan ais ini dikongsi oleh tukang masak Thailand kepada Norsazenny Ariffin. Menurutnya, cara inilah yang selalu digunakan olehnya ketika memasak daging atau sup daging tulang. Dan teknik tersebut telah dipraktikkan oleh Nurazimah Azimah dan ternyata ianya betul-betul menjadi.

Teknik Lembutkan Daging Dengan Mudah & Cepat

Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama.

  1. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan-bahan lain).
  2. Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketulan ais. Kejap je daging tu empuk.
  3. Apabila daging dah empuk dan lembut tutuplah api.
  4. Siap

Mudah sahaja kan teknik lembutkan daging ini? Tak payah dah nak rebus lama. Hanya masukkan ais sahaja. Cepat pun cepat. Jangan lupa untuk kongsikan teknik yang mudah ini kepada kenalan anda ya!

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit : Norsazenny Ariffin & Nurazimah Azimah 

Baca juga : Perap Daging Dengan ‘Baking Soda’ Boleh Lembutkan Daging? Biar Betul??

tags: | |