Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nak Gulai Lebih Sedap Dan Tahan Lama? Jangan Sesekali Terus Letak Bahan Ini,Tunggu Dulu!

Nak Gulai Lebih Sedap Dan Tahan Lama? Jangan Sesekali Terus Letak Bahan Ini,Tunggu Dulu!

Kategori: ,
tips gulai lebih sedap

Gulai daging, gulai lembu dan hidangan bergulai ini merupakan antara masakan yang dimasukkan pelbagai jenis rempah ratus yang amat popular di Asia Tenggara.  Pada mulanya ia diperkenalkan oleh orang Minangkabau yang merantau ke kawasan sekitar Asia Tenggara. Pelbagai jenis hidangan gulai yang kita boleh sediakan sama ada menggunakan ayam, ikan, daging atau pun sumber laut yang lain.

Terdapat dua jenis gulai. Gulai biasa dan gulai lemak. Gulai lemak ini adalah gulai yang dimasukkan santan ke dalamnya. Bercakap soal gulai ini, pastinya ada di antara anda yang tertanya-tanya macam mana nak sediakan gulai yang lebih sedap dan tahan lama.

Jadi kali ini Daily Makan nak kongsikan tips penting untuk anda semua. Tips yang membuatkan gulai anda lebih padu dan boleh disimpan untuk tempoh yang agak lama ini dikongsi oleh Nasi Mahkota di aplikasi TikTok.

Tips Supaya Gulai Daging Lebih Sedap & Tahan Lama

Bagi menghasilkan gulai yang lebih sedap dan tahan lama pastikan anda lakukan benda ini!

  • Selepas anda menumis bawang, cili dan kari jangan terus letak atau masukkan santan ye.
  • Seeloknya masukkan santan kemudian.
  • Orang Kelantan panggil kaedah ini “mati awah”.

Selalunya orang yang berniaga akan masak lewat petang dan akan masukkan santan pada keesokkan harinya.  Disebabkan oleh itulah, gulai di sesetengah kedai lebih sedap dan tahan lama.

@nasimahkotaTips Masak Gulai ##InfoMasak ##TipsMasak ##SupportLocal ##KedaiMakan ##Seremban ##N9 ##NegeriSembilan ##NasiAyamCincang ##NasiKakWok♬ Bagarap ko itu – Inez Christal

Sumber: Nasimahkota

Baca juga : Cara Buat Gulai Ayam Kelantan Yang Paling Simple Dan Sedap, Siapa Pernah Rasa Pasti Tahu Kesedapannya Macam Mana!

tags: |