Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Takde,” Ayah Gigih Masak Juadah Raya Walaupun Anak-Anak Tak Balik

“Orang Takde,” Ayah Gigih Masak Juadah Raya Walaupun Anak-Anak Tak Balik

Kategori:
ayah gigih masak juadah raya

Setiap tahun sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk pulang beraya ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidifiltri. Namun semenjak penularan wabak COVID-19 yang semakin menjadi-jadi, tiada pergerakan merentas daerah atau negeri dibenarkan.

Susulan daripada itu, ibu bapa di kampung adalah orang yang paling terkesan apabila anak-anak tersayang tidak dapat pulang ke kampung. Tambahan lagi jika semua anak tidak dapat pulang.

Seperti yang berlaku kepada seorang warga emas ini yang beraya sendirian di rumahnya. Lebih menyayat hati, dia berkongsikan rakaman persiapan Hari Raya kepada anak-anak menerusi aplikasi WhatsApp yang telah dikongsikan oleh anaknya di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Iera Effazira, ayahnya yang tinggal berseorangan gigih memasak juadah hari raya seperti nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam dalam kuantiti yang banyak.

Apa yang menyedihkan, ayahnya beraya berseorangan memandangkan saudara terdekat juga tidak dibenarkan ziarah raya. Di akhir video juga kedengaran ucapan Hari Raya yang diucapkan oleh warga emas itu. Turut mengundang sebak netizen yang menonton video itu.

Lihat video penuh di sini.

Rata-rata netizen turut bersedih mengenangkan nasib yang dihadapi oleh warga emas ini dan ramai juga yang teringat akan orang tua mereka di kampung.

Sumber: Iera Effazira

tags: |