Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Teknik Mudah Kupas Kulit Telur, Guna Teknik Ini Confirm Telur Anda Flawless Dan Langsung Tak Menggerutu!

Teknik Mudah Kupas Kulit Telur, Guna Teknik Ini Confirm Telur Anda Flawless Dan Langsung Tak Menggerutu!

Kategori:
teknik mudah kupas kullit telur

Telur merupakan antara makanan yang kaya dengan protien. Kebanyakan daripada makanan yang kita sediakan akan mengandungi telur. Selain diletakkan dalam masakan, telur ini juga digoreng dan direbus. Namun jika direbus pastinya akan ada masalah ketika ingin mengupas kulitnya.

cara mudah kupas telur

Kadangkala ianya terlalu sukar sehingga menyebabkan ia menggerutu. Memang akan kelihatan hodoh sangat. Tambahan pula kalau kita ini seorang peniaga atau pun nak bagi dekat orang makan. Dah cuba mengupas kulitnya dengan tertib namun masih juga tidak cantik.

Mungkin anda boleh ikut cara mengupas kulit telur yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini. Caranya memang sangat mudah malah hasilnya juga sangat mengejutkan. Memang sangat flawless!

Cara Betul Kupas Kulit Telur Agar Tak Menggerutu

  1. Rebus telur macam biasa.
  2. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan selama 5 minit.
  3. Kemudian buang air panas dan guna air paip untuk sejukkan telur.
  4. Apabila telur sudah sejuk, ketuk telur perlahan-lahan dan masukkan semula ke dalam air (periuk tadi).
  5. Ulang untuk semua telur dan kemudian kupas kulitnya.
  6. Siap
@fadzilahmamatBila telur flawless, barulah lebih berselera nak makan 😆 ##Telur ##TipsTelur ##KupasTelur ##TelurCantik ##InfoMasak ##TipsMasak ##JomMakan ##MakanTime♬ Pantun Rakat – Kapthenpurek

Mudah sahaja kan apabila menggunakan teknik mengupas telur yang dikongsikan oleh wanita ini. Tak payah nak letak garam ke cuka, buat je macam ini. Licin elok tau.

Semoga bermanfaat!

Kredit : TikTok Fadzilah Mamat

Baca juga : Cara Buat Telur Rebus Air Asam ‘Viral’ Yang Super Lazat! Habis Licin Satu Mangkuk

tags: |