Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kedai Non-Muslim Guna Nama ‘Melayu’, Buat Muslim Keliru & Ramai Sudah Terbeli

Kedai Non-Muslim Guna Nama ‘Melayu’, Buat Muslim Keliru & Ramai Sudah Terbeli

Kategori:
kedai non muslim guna nama melayu

Sebuah kedai Kak Siti Ayam Penyet di Taman Johor Jaya, dekat sini yang dipercayai diusahakan oleh peniaga bukan Muslim tidak lagi beroperasi setelah ia tular di media sosial semalam.

Kedai Kak Siti Ayam Penyet menjadi viral semalam di laman sosial selepas pengguna mendakwa ia dikendalikan oleh peniaga bukan Islam namun menjual makanan Muslim tanpa ada penjelasan hala

Guna nama melayu, tapi peniaga bukan Islam

Menurut berita yang tular itu, perkara tersebut didedahkan oleh pekerja penghantar makanan yang hairan gerai yang menggunakan nama Melayu itu diuruskan oleh peniaga bukan Islam.

Kedai terbabit menggunakan aplikasi penghantaran makanan dalam talian untuk pesanan dan penghantaran makanan mereka kepada pelanggannya.

Tidak pamer tag ‘non-halal’

Pendedahan tersebut mendatangkan kemarahan dalam kalangan warganet yang menyifatkan perbuatan itu sebagai memperdayakan masyarakat Islam di kawasan berkenaan. Isu yang dibangkitkan bukan melarang kedai non-muslim untuk berniaga di dalam Foodpanda, tapi apa yang menimbulkan kemarahan adalah apabila kedai berkenaan tidak memaparkan tag ‘non-halal’ di dalam sistem Foodpanda.

Menurut beberapa pengguna media sosial memaklumkan premis yang beroperasi di dalam kawasan rumah itu telah didatangi pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) susulan laporan diterima.

Rata-rata warganet mendesak pihak berkuasa memastikan platform aplikasi penghantar makanan dapat meletakkan status halal di setiap premis perniagaan online bagi mengelakkan isu sama berulang.

Sumber: Kosmo, Umie Safa

tags: